NEWS & ACTIVITIES
Always stay in-the-know with PTAR News Hub
Lawatan Naib Canselor UiTM ke PTAR UiTMCPP
Sebelum berangkat pulang, Datuk VC telah menandatangani buku pelawat dan bergambar bersama staf PTAR UiTMCPP. Turut hadir dalam sesi lawatan santai ini ialah Rektor UiTMCPP, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Herbed Abdullah, Wakil Fasiliti, Encik Mohd Saiful Nizam Mohammad Ali dan Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.
Team Building PTAR UiTMCPP 2024
PTAR UiTMCPP telah mengadakan program Team Building PTAR di Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak pada 27 dan 28 Februari 2024 yang lalu. Program team building ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk semangat berpasukan selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf PTAR.
Seramai 19 orang staf PTAR UiTMCPP termasuk Timbalan Ketua Pustakawan dan tiga orang pelajar praktikal telah mengikuti program Team Building pada tahun ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program selama 2 hari 1 malam termasuk aktiviti secara individu dan berkumpulan untuk para peserta. Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Encik Muhammad Ismail Mohd Ali selaku pengarah program dan diteruskan dengan makan tengah hari dan aktiviti berkumpulan.
Pada sebelah malam, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah dijemput mengimamkan solat maghrib berjemaah sebelum menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah. Usai makan malam, program diteruskan dengan acara memotong kek untuk meraikan staf-staf yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari hingga Mac. Selain itu, acara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah menjayakan aktiviti sebelah petang juga diadakan.
Hari kedua program dimulakan dengan solat subuh dan kemudiannya diikuti dengan riadah pagi brisk walking sejauh hampir 3 kilometer sambil melihat keindahan alam di kawasan sekitar perkhemahan. Selepas bersarapan, aktiviti kami disambung dengan acara bertukar-tukar hadiah dan meraikan dua orang pelajar praktikal yang telah tamat latihan pada hujung bulan Januari 2024.
Di dalam ucapan beliau, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah menzahirkan rasa bersyukur kerana program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang sangat baik daripada semua staf perpustakaan. Beliau juga berharap semoga kerjasama yang baik ini dapat dikekalkan sentiasa dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Rombongan tiba di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada jam 4.30 petang.
Taklimat PADU@PTAR
21 Februari 2024 - Satu taklimat PADU telah diadakan bertempat di ruang Library Community Engagement. PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran & PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ini juga telah mendapat kerjasama daripada Digital Penang, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pulau Pinang, Persatuan Pentadbir UiTM, dan KKUUiTM Cawangan Pulau Pinang.
Taklimat PADU ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada para peserta objektif pengisian PADU dan bagaimana untuk mengisi maklumat di dalam sistem ini. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Adrian Austin Spiji, Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia. Di akhir taklimat, 'booth' PADU dibuka untuk membantu peserta yang mengalami kesukaran untuk mengisi data mereka atau mereka yang mempunyai kemusykilan hal yang berkaitan.
Taklimat ini telah dihadiri seramai 78 orang peserta fizikal dan mendapat 52 views di dalam siaran langsung melalui Facebook PTAR UiTMCPP.
Meet and greet UiTMCPP with Apple(M) and Switch
Satu sesi "Meet and Greet" antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan Apple Malaysia dan Switch telah berlangsung pada 16 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR UiTMCPP. Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan tentang penyediaan ruang untuk Switch Showcase dan Apple Learning Academy yang dirancang untuk diwujudkan di UiTMCPP.
Dalam sesei ini UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diwakili oleh Prof Ir Dr Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Prof. Madya Ir.Ts. Dr. Siti Noraini Sulaiman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Tuan Hj Ahmad Faizar, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTMCPP, Ts Dr Adi Izhar Koordinator, ICAN dan Puan Irina Mohd Akhir, Penyelaras Alumni.
Pihak Apple pula diwakili oleh oleh Puan Wan Noraini Wan Daud, Leadership and Learning, Puan Kartini Mohd Basri, Business Development Manager (Education) dan Encik Sathes Narayanan, System Engineer. Swith pula telah diwakili oleh Encik Goh Shen-U, Project Manager, Encik Muhammad Alliff bin Azlan Education Training and Marketing Lead dan Puan Wanida Razali, CSR.
Sparkle Through Speech 3.0
Sempena cuti sekolah yang baru bermula, Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP, Pusat Pendidikan UPM, Universitas Universitas Negeri Padang (UNP), Sumatera Barat, Indonesia dan Podcaster (Bakat Muda), UiTMCPP, Malaysia telah mengadakan Program Sparkle Through Speech 3.0 pada 14 dan 15 Februari 2024.
Program yang diadakan di PTAR UiTMCPP ini telah disertai oleh seramai 45 orang pelajar sekolah yang rendah yang terdiri daripada anak-anak staf UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sepanjang 2 hari program dijalankan. pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur antaranya "Who Am I?" sebagai aktiviti "ice breaking", "Positive affirmation & chant creation" dan aktiviti "Build and Descibe" yang memerlukan peserta membina bangunan atau objek menggunakan set "lego" yang disediakan. Selain itu, peserta juga telah mengikuti bengkel "Speed Reading" yang telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP.
Pada hari kedua pula, para peserta telah mengikuti sesi "Google Meet" bersama Dr Ridha Hasnul Ulya daripada Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sesi kedua dilanjutkan dengan sesi bersama Podcaster Bakat Muda, Whatnow? Jomah Lepak. Para peserta kemudiannya perlu merekod podcast mengikut kumpulan berdasarkan tajuk yang mereka pilih.
Program ini diharap dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan para peserta selain meningkatkan keyakinan mereka dalam pengucapan awam dan pergaulan bersama ahli kumpulan terutamanya di dalam Bahasa Inggeris. Hadiah dan cenderahati kepada para peserta telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar diiringi oleh Cik Marni Jamil selaku wakil penganjur, Akademi Pengajian Bahasa, UiTMCPP.